muhammad lukman…

catatan seorang peminat sukan…menghimpun detik-detik kecemerlangan dan kegemilangan para pelapis negara…

Posted by admin on November 26, 2009

with johor rugby team…

Posted under news, rugby, sukan

thanks to mr suffian, johor team manager for allowing us to join the training. kudos also to mr zul aka cikgu zul from mersing, mr anis aka cikgu anis from air tawar and pak wan, the principle of sek sukan bandar penawar. thanks for the food :) the team was in preparation for piala agong that will be held at KL 1 – 5 Dec 2009. good luck for the team.

me...:)

me...:)

adib and aizat...2As

adib and aizat...2As

nice pic

nice pic

scrum

scrum

scrum

scrum

scrum

scrum

pulut...player from sek sukan bndr penawar

pulut...player from sek sukan bndr penawar

lin eout

lin eout

set piece

set piece

set piece

set piece

set piece

set piece

pak wan n cikgu zul

pak wan n cikgu zul

set piece

set piece

keep on running guys

keep on running guys

line out

line out

jump...

jump...

line out

line out

mr anis from air tawar

mr anis from air tawar

go go go...

go go go...

go go go...

go go go...

go go go...

go go go...

do this dont do that...

do this dont do that...

swing like this guys...

swing like this guys...

push push push...drive drive drive...

push push push...drive drive drive...

Posted by admin on November 2, 2009

Johor Rugby Union…

Posted under news, rugby, sukan

diambil dari Facebook Ben Teora

Subject: JOHOR JUARA PIALA PRESIDEN 2009

JOHOR JUARA PIALA PRESIDEN 2009
Monday, 02 November 2009 06:53
Johor yang kembali menyertai kejohanan ragbi peringkat kebangsaan setelah sekian lama menyepi diri, membuktikan mereka boleh bersaing di peringkat tinggi dalam kancah sukan ragbi tanahair selepas menjuarai Kejohanan Piala Presiden 2009 sekaligus layak ke Pusingan Akhir Piala Agong 2009 pada awal Disember nanti. Johor yang memenangi perlawanan pusingan awal ketika menentang Kuala Lumpur pada 17 Oktober lalu dengan keputusan 24 – 19 sekaligus menjuari Kumpulan B dan mewakili Kumpulan 2 pasukan itu, turun ke padang Politeknik Shah Alam pada hari Jumaat 30 Oktober untuk menentang Perak (Juara Kumpulan A) dalam Pusingan Akhir yang juga dijalankan secara liga 1 pusingan. Mendahului dengan 1 gol di minit ke 5 permainan hasil try di hujung padang , perlawanan terpaksa dihentikan disebabkan hujan petir yang melanda oleh Pengadil Norhazemi Yahya. Selepas 50 minit menunggu, perlawanan masih tidak dapat dijalankan maka keputusan perlawanan di rujuk kepada peraturan pertandingan yang memberikan keputusan seri dengan skor di kekalkan.
Pada petang Sabtu, Johor turun lagi untuk meneruskan perjuangan, kali ini mereka di tentang oleh satu lagi pasukan baru, Putrajaya (Juara Kumpulan C) yang rata-rata dibarisi oleh pemain Kelab ASAS yang dahulunya bernaung di bawah Negeri Selangor. Permainan agak menarik dengan aksi serangan balas kedua-dua pasukan sehinggalah Johor mendapat gol di minit ke 20 separuh masa pertama dan kemudiannya menambah 3 mata mata melalui sepakan penalti manakala Putrajaya hanya berhasil merapatkan jurang melalui satu sepakan penalti.
Separuh masa ke 2, Putrajaya menambahkan asakan ke kubu Johor dan berhasil mendapat satu lagi try, menjadikan kedudukan 8 -10, namun Johor selepas itu kental bertahan untuk membuka peluang kepada mereka melayakkan diri ke Pusingan Akhir Piala Agong 2009 dengan kemenangan tipis 10 – 08.

Selanjutnya, pada petang Ahad 1 November, Putrajaya bertembung pula dengan Perak untuk menentukan kedudukan keseluruhan. Memulakan perlawanan sedikit awal dari jadual asal atas persetujuan ke dua-dua pasukan kerana di kuatiri hujan melanda, Pengadil Perlawanan Khairulizam Ramli meniup wisel memulakan perlawanan pada jam 3.50 petang.
Cuaca redup dan dingin di sekitar Lembah Klang tidak dapat menahan kepanasan pemain bertembung untuk memastikan kemenanan pasukan masing-masing. Permainan yang banyak berlegar di tengah padang di separuh masa pertama hanya menyaksikan ke dua-dua pasukan berjaya mendapat 3 mata hasil sepakan penalti dengan 2 kad merah dan 3 kad kuning dilayangkan untuk kedua-dua pasukan.
Separuh masa ke 2, Perak terlebih dahulu mengasak kubu Putrajaya dan berhasil melakukan try namun sepakan conversion tersasar untuk menambah 2 lagi mata. Menyedari ketinggalan, Putrajaya yang begitu bersemangat untuk menang, meningkatkan usaha mereka dan berhasil mendapat try untuk menyamakan kedudukan namun ianya tidak mencukupi kerana kelebihan masih terletak kepada Perak yang sudahpun mengumpul 1 mata sebelum ini. Lima minit terakhir permainan, asakan bertali arus Putrajaya menyebabkan pemain Perak melakukan kesalahan yang memberi peluang kepada Putrajaya membuat 2 conversion penalti untuk menambah mata.

Sorakan gembira pemain dan penyokong Putrajaya jelas kedengaran apabila wisel penamat dibunyikan dengan keputusan Putrajaya 14, Perak 8.

Dengan keputusan itu, Johor yang seri satu dan menang satu dinobatkan sebagai Juara sementara Putrajaya mengiringi mereka ke Pusingan Ahkir Piala Agong 2009.