muhammad lukman…

catatan seorang peminat sukan…menghimpun detik-detik kecemerlangan dan kegemilangan para pelapis negara…

Posted by admin on October 14, 2009

latar belakang…

Posted under Uncategorized

assalamualaikum wbt…

salam pengenalan. nama penuhku adalah muhammad lukman bin zulkifly. umur baru aje 30 tahun (lahir 1979).

aku tinggal di selatan tanah air; johor bahru. negeri yang sedang berkembang pesat dengan pembangunan Iskandar Malaysia. menetap di taman johor jaya, lokasi yang cukup strategik. dekat dengan Jusco Tebrau, Tecso Tebrau, Tesco Extra Plentong, Giant Plentong, Carrefour, Smart dan byk lagilah. tak payah nak pegi JB (sebenarnya malas nak tempuh jem haha).

pendidikan awalku adalah di SK Kampung Melayu, Kluang. Dari darjah satu sampailah darjah enam. sebelah petang plak bersekolah agama (rasa bertuah tinggal di negeri johor). sekolah menengah plak kat sekolah menengah sains johor,kluang. kat sekolah sinilah aku belajar main ragbi. best giler main ragbi nie. boleh tackle orang sampai patah2. sekarang pon masih main dengan JB Bear.

seorang guru yang berdedikasi…itulah aku sekarang ini. bertugas sebagai guru di SMK kangkar pulai, bandar baru kangkar pulai jb. mengajar sesi petang. budak2 petang nie semuanyer F1 dan F2. so perangai mereka semua masih macam budak2. nasihat ikhlas, banyak2la bersabar apabila jadi cikgu nie.

part time, aku jadi coach pasukan ragbi sekolah nie. baru 3 tahun penubuhannya. banyak rintangan dan cabarannya. lagi2 ini adalah permainan yang baru diperkenalkan kepada budak2 nie. well, no pain no gain kan. banyak pengalaman pahit dan manis nak menguruskan pasukan ini.

baru nak berjinak2 dengan dunia internet. sebelum ini, kalau online pon tgk emel, tgk blog2 politik, layan facebook & myspace. skang nie mencuba untuk menjadi sebahagian daripada komuniti dunia siber.

melalui ruangan siber ini, aku hendak merakam saat2 kegemilangan sukan. sasaran aku adalah pelajar2 sekolah. memandangkan aku mengajar sesi petang, aku rasa bolehla aku mencuri masa pergi ke kejohanan2 sukan sekolah. klu ader kesempatan, acara sukan lain pon akan aku cuba rakamkan.

oklah, rasanya itu ajerlah coretan pengenalan aku. enjoy…!!!