news…
taken from http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Sukan/20091103001245/Article/index_html…
Johor, Putrajaya mara pusingan akhir Piala Agong
Oleh Mohd Ali Majid
bhsukan@bharian.com.my
JOHOR dan Putrajaya melakar sejarah apabila layak ke saingan akhir ragbi Piala Agong musim ini selepas muncul juara dan naib juara kejohanan Piala Presiden yang berakhir kelmarin.
Pada saingan penentuan di padang Politeknik Shah Alam itu, Johor, juara Kumpulan B menumpaskan Perak (juara Kumpulan A) dan Putrajaya (Kumpulan C) untuk meraih piala yang menjadi rebutan.
Putrajaya yang julung kali menyertai kejohanan mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya menang ke atas Perak untuk melangkah ke kejohanan Piala Agong buat julung kali mengiringi Johor, Disember nanti.
“Kehadiran Johor yang sekian lama menyepi diri dalam kejohanan peringkat kebangsaan dan pendatang baru, Putrajaya, pasti menghangatkan lagi saingan Piala Agong kali ini,” kata Pengarah Kejohanan Piala Presiden, Suhaimi Zainuddin.
Katanya, kedua-dua negeri itu akan menyertai empat pasukan elit dari Piala KRM dan wakil Sabah dan Sarawak, yang menggenapkan lapan pasukan bagi merebut Piala Agong musim ini.
Empat pasukan dari Piala KRM akan berentap bagi menentukan juara ialah Angkatan Tentera, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis pada 20 November ini.
Kedah yang dinobatkan sebagai juara Piala Agong buat kali pertama musim lalu, tersingkir pada pusingan awal merebut kejuaraan Piala KRM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Leave a Reply