Posted under
hiburan LELAKI SEBELAH RUMAH
diambil dari majalah APO? isu 246 1 april 2009…enjoy
‘HOI! jerkahan itu menyentap seluruh semangat aku. terus sahaja membuatkan aku menekan brek mengejut. tidak jadi memarkirkan kereta di tepi pintu pagar. lelaki bermotosikal kawasaki 600 itu berada dekat di sisi kereta myvi aku.
‘bawak kereta macam org gila!’
suara itu marah-marah lagi. Dum!!!
terdengar bunyi berdentum. aku terkejut besar. dia sepak kereta aku! aku segera keluar dari kereta.
‘hoi! kut ya pun, janganlah sampai sepak kereta aku!’ jerit aku geram sambil menelek mencari kesan kemek. nasib baik tak ada. kalau ada, aku buat claim.
‘baru pakai myvi dan berlagak!’ cemuhnya lagi sebelum menunggang motosikalnya membelok ke rumah sebelah. sebelah dengan rumah aku.
darah aku semakin mendidih. lancang sungguh mulut lelaki itu. sejak lelaki itu jadi jiran sebelah rumah sewa aku nie seminggu yg lalu, hidup aku sudah tak tenang lagi. tak pernah aku tahu apa kerjanya. namanya aku pun tak pernah tau. sekali sekala sahaja aku lihat dia keluar rumah dengan motorsikal besarnya itu. tapi yang aku hairan, dengan aku sahaja dia cari gaduh. dengan amy, dengan ogy rakan rumahku yang lain, takde plak lelaki itu cuba-cuba bertekak. oleh kerana dia hanya mencari gaduh dengan aku, maka aku tak pernah heran pada mukanya yang hensem itu. jadi meluat lagi ada.
lelaki itu sudah bersedia mahu masuk ke dalam rumah. sebelum masuk, dia sempat menjelir lidah.
’setan!!! pekik aku penuh geram. kemudian terdengar ketawa panjang lelaki itu. macam seronok sangat bunyinya sebab dah berjaya buat aku marah. kalaulah aku dapat pancitkan tayar motor dia.
sebaik memakirkan kereta, aku mencari sesuatu. mata aku terpandang kasut buruk yang sudah bertakung dengan air hujan. di tepi tong sampah. tanpa ragu-ragu, aku angkat lalu aku lemparkan ke arah motosikal besar lelaki itu. selepas itu aku berlari masuk ke dalam rumah.
‘hoi! siapa lempar kasut buruk kat motor mahal aku ni???’ terdengar pekikan lelaki itu. aku terkekeh dari balik pintu. padan muka kau! balasan sebab terajang kereta aku.
‘tak habis-habisla korang bedua nie. apa lagi dia buat kat kau kali ni?’ ogy menegur kerana dia sendiri sudah terdengar suara lelaki itu membebel-bebel di luar rumah.
’sapa suruh dia tendang kereta aku?’
‘jgn benci lebih-lebih, nnti esok lusa dia jadi jodoh kau pulak.’ amy menyampuk.
‘ah, tak aku dapat jodoh dengan lelaki senegt macam dia tu!’ aku merengus terus naik ke tingkat atas. mintak simpanglah aku nak suka lelaki perangai biol macam dia tu!
selesai mandi, aku mengeluarkan novel baru dari rak. bersedia untuk menghabiskan masa dengan tenang. baru sahaja mukasurat pertama, aku tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi muzik berdingit berdentum dentam. dari mana lagi, dari rumah sebelahlah. serta merta aku naik angin. ya, hidup aku memang tidak aman sejak lelaki ni duduk di sebelah rumah aku. tanpa bertangguh-tangguh, aku bergegas ke balkoni.
‘hoi! boleh perlahan sikit tak muzik tu?’ aku menjerit. tidak ada tanda lelaki itu mahu keluar rumah. lalu aku tidak dapat menahan sabar.
pasu pokok kaktus bersaiz kecil, terpaksa aku korbankan. aku lempar ke arah pinti balkoni rumah sebelah. tepat kena cermin, mujur saja tak pecah. dan barulah lelaki itu muncul. tetapi bunyi masih lantang kedengaran.
‘apasal baling pasu kat rumah aku nie? kalau pecah cermin nie macam mane?’ lelaki itu menjerkah sambil mencekak pinggang.
‘engkau tu, tak reti hormat jiran! sedarlah sikit hari dah petang ni, nak bawa maghrib! pasang lagu kuat-kuat buat apa?’ aku juga tak mahu kalah menjerkah.
‘eh? suka hati akulah! ni rumah aku!’
‘tahulah tu tumah ko, tapi hormatlah sikit jiran sebelah rumah!’ herdikku kembali.
lelaki itu mencebikkan bibir sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. sangkaku dia memperlahankan muzik tetapi ia semakin kuat. aku menjerit melepaskan geram. tambah sakit hati apabila aku menyedari bahawa dia sedang mengintai sambil tergelak dari balik tingkap! huh!
hanya menjelang maghrib barulah muzik kuat itu berhenti. ingatkan dah tak reti nak hormat maghrib!
tp bebrapa lama lepas tu aku dah tak nampak lagi kelibat lelaki itu. rumahny pun senyap ajer. tp motornya tetap ada tersadai di bawah porch. kemudian dtg pula beberapa org lelaki. agaknya kawan-kawan dia. lepas itu aku tak nampak dia lagi. lepas itu aku tak nmpk dia lagi. senyap dan hilang entah ke mana. tenag sikit hidup aku.
hanya selepas 2 mggu, sebuah teksi berhenti depan rumah lelaki itu. aku yg kebetulan baru smpi dr pejabat hanya memerhati. kelihatan dia keluar dari teksi! kelihatan letih dan lesu serta bersweater. ketika dia memandang aku, aku cuma mencebikkan bibir. tp aneh sungguh, dia tidak pula kelihatan mahu cari gaduh spt biasa. sebalikya terus masuk ke dlm rumah tanpa memperdulikan aku lagi. peliknya! dia dah insaf agaknya…
sejak hari itu, aku lihat rumanya selalu dikunjungi oelh beberapa org lelaki yg aku anggap mungkin teman2. aku pun dh tak mahu peduli lagi. apa yg penting dia tidal lagi menyerabutkan aku dgn usikan2 nakalnya. kemudian, rumahnya sunyi sepi. juga aku tak tahu ke mana perginya. arghh, lantaklah!!!
hanya beberapa hari selps utu lelaki2 yg selalu dtg mengunginya dtg. tp dia tak pulak kelihatan. lelaki2 itu kelihatan memunggah brg dr dalam rumah ke dlm lori.
hah! dia nak pindah rumah? horee! hidup aku semakin aman lps nie. aku bersorak riang dlm hati. namun baru saja kau handak masuk ke dlm rumah, seseorg menegurku. seorg lelaki berdiri di tepi pagar.
‘maaf ganggu cik. tp saya rasa buku nie utk cik!’ katanya sambil menghulurkan sebuah buku lukisan.
aku kehairan. ‘ knp plak encik ckp buku tu utk saya? ada tulis nama saya ke? dan klu ada tulis pon, mana encik tau nama saya?’ soal aku sedikit sinis.
‘takda tulis nama cik. tp ada lukisan muka cik kat dlm. ambillah. saya rasa mungkin fariq nk bg buku ni kat cik tp x sempat.’
‘fariq? siapa fariq?’ aku kehairanan.
‘yg duduk kat rumah nie dulu’
‘ohh dia rupanya…nama dia fariq ya? hah! mana mamat tak betul tu pergi?’
‘dia baru ajer meninggal dunia kelmarin cik’
‘apa?!’ aku terkaku. bagai terkena panahan petir.
’sebenarnya fariq tu dah lama sakit kronik. dia sakit barah hati. dia sengaja jauhkan diri dari kami dan ahli keluarga dia sbb tahu dia dah takder harapan utk sembuh. sbb tu dia pindah duduk di sini sorg2. tak apalah cik. maaflah sbb menggangggu. assalamualaikum.’ lelaki itu berlalu.
sdgkan aku masih terkaku. tidak percaya mendgr berita yg baru disampaikan. semerta terbyg gelagat nakalnya. spontan juga aku tergerak hati utk membuka lembaran buku yg berada di tangan aku. buku itu dipenuhi dengan lukisan2 wajah aku dalam pelbagai gaya. pendek kata rupa aku setelah aku diusiknya. rupa2nya setiap kali kami bertekak, dia melukiskan wajah aku. kemudian dihiasi dengan catatan2 pendek di bawahnya. antaranya…
‘buat awek sebelah rumah…terima kasih kerana menceriakan sisa2 hidupku dgn bebelanmu…’
airmata aku menitis. penuh penyesalan krn telah selalu menyakitkan hati lelaki sebelah rumahku. kalaulah aku tahu dia sebenarnya sedang sakit. sejenak aku merasakan hidupku sepi . lelaki sebelah rumah aku sudah tiada lagi….